Sorting by

×

LEBIH 500 TIKET MTS TERJUAL KURANG TIGA JAM

Masa Membaca:35 Saat

BANDA HILIR 8 Disember – Sebanyak 544 tiket Menara Taming Sari (MTS) terjual sempena Melaka Bila Larut Malam Edisi Disember 2024.

Jumlah itu direkodkan bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi selepas kaunter pembelian tiket dibuka kepada orang ramai.

Pengunjung dan pelancong tempatan dan luar negara tidak melepaskan peluang menaiki menara berkenaan bagi melihat keindahan panorama Bandar Melaka pada waktu malam.

Dengan harga RM10 ditawarkan sudah tentu pengunjung berasa teruja untuk menaiki menara itu biarpun perlu menunggu sehingga jam 11 malam.

Lebih menarik edisi kali ini turut menawarkan diskaun 20 peratus untuk peserta-peserta RXZ sempena RXZ Members Ride Edition 2.0 Melaka Attack 2024 di Dataran MITC.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

155
Kongsi :
Previous post BILA LARUT MALAM NIGHT SAFARI TERUS DAPAT SAMBUTAN
Next post UNIMEL LAHIR LEBIH 20,000 GRADUAN CEMERLANG
Ubah saiz-+=