
Lebih 50 peratus tempahan hotel dibatalkan saat akhir
AYER KEROH 12 Jan. – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka melahirkan kebimbangan dengan trend peningkatan pembatalan tempahan hotel pada saat akhir.
Ia rentetan selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) serta Sabah berkuatkuasa esok.
Pengerusinya, Goh Hock Gin berkata, situasi itu dilihat mengancam industri perhotelan negeri yang baru ‘bernafas’ selepas pengunjung dibenarkan merentas negeri November lalu.
“Seperti biasa prosedur operasi standard (SOP) hotel memang sudah sedia, tapi bila umum PKP banyak pembatalan hotel kita terima dan setakat hari ini sahaja lebih 50 peratus.
“Bila bisnes tiada macam mana kita nak jana pendapatan, hotel-hotel juga akan tutup sementara waktu sehingga PKP habis,” katanya kepada MHI.
Jelasnya, jika PKP berlanjutan tidak mustahil akan ada pengurangkan kakitangan.
“Bisnes tak masuk kita mesti kurangkan kakitangan, kita jangka lebih 80 peratus pembatalan hotel pada minggu ini sebab semua dah tak boleh rentas negeri.
“Kita harap kerajaan akan tolong dari segi menjana gaji atau subsidi supaya kita dapat kekalkan kakitangan sedia ada,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...