Lebih 481,000 individu terima vaksin COVID-19 setakat 23 Mac

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KUALA LUMPUR 24 Mac – Seramai 481,989 individu selesai menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu Selangor (58,552), Perak (49,451) dan Sabah (41,125).

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Gambar fail

“Ini diikuti Kuala Lumpur (37,254), Sarawak (36,103), Pahang (33,317), Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394), Kedah (26,293), Kelantan (19,734), Terengganu (19,698), Negeri Sembilan (19,639), Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344),” katanya.

Sementara itu, tiga negeri merekodkan bilangan tertinggi individu yang telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin berkenaan iaitu Sarawak (10,166), Pahang (5,793) dan Perak (5,337).

Diikuti Kuala Lumpur (4,894), Kelantan (4,647), Johor (3,271), Kedah (3,138), Terengganu (2,406), Selangor (2,174), Negeri Sembilan (1,802), Pulau Pinang (1,721), Sabah (1,525), Melaka (1,443), Labuan (1,276), Perlis (1,037) dan Putrajaya (991).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasarkan untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk di negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

612
Kongsi :
Previous post ​​​​​​​Pasaran serantau hala tuju baharu minyak sawit mentah
Next post Penantian hampir sedekad Zoo Melaka berakhir, harimau kumbang bunting
Ubah saiz-+=