Sorting by

×

Lebih 470 acara pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TABOH NANING 17 Disember – Kerajaan Negeri bakal merancang lebih 470 acara utama dan mingguan dalam kalender pelancongan negeri tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kesemua acara pelancongan itu dirangka bersempena bersempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Katanya, Kerajaan Negeri turut berhasrat untuk berkolaborasi dengan Kedutaan Belanda bagi menganjurkan satu lagi acara besar tahun depan iaitu ‘Malakka Dutch Festival’ dalam menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

“Saya yakin, dengan kerjasama Kedutaan Belanda, ia akan menarik kehadiran pelancong ke Melaka terutamanya dari benua Eropah.

“Marilah bersama berganding bahu dalam memacu sektor pelancongan memandangkan industri ini perlu kekal bersaing bukan hanya membabitkan destinasi menarik, bahkan turut merangkumi pelancongan makanan, rekreasi, festival dan banyak lagi.

“Untuk makluman, festival bermusim merupakan antara acara utama di Melaka yang merangkumi masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Dutch Chrismast Jolly All Time di Freeport A’Famosa Outlet, di sini, malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

IMG_20221217_001506_258
ALOR GAJAH 16 DISEMBER 2022. Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis (tengah) mengiringi Duta Besar Belanda, Jaap Werner (kiri) melawati gerai ‘painting trompah’ ketika hadir pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Krismas ‘Dutch Christmas All Time’ di A’Famosa Freeport Outlet Melaka. Turut serta Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron (kanan). Foto: MR. AZLI

Hadir sama pada majlis itu ialah Duta Belanda ke Melaka Jaap Werner bersama isteri, Sorayah Werna; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Shaari Basiron dan lain-lain kenamaan.

Turut hadir 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pay Fong memeriahkan lagi sambutan tersebut dengan pelbagai persembahan menarik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3529
Kongsi :
Previous post Tanah runtuh: Angka korban meningkat 21 orang
Next post Perjuang fasiliti kesihatan terbaik demi warga Taboh Naning
Ubah saiz-+=