Sorting by

×

Lebih 4,000 rumah disanitasi

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

PAYA RUMPUT 31 Julai- Lebih 4,000 rumah sekitar Parlimen Tangga Batu telah disanitasi secara percuma membabitkan kawasan perumahan, masjid serta lokasi tumpuan awam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif yang dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 itu dianggap sebagai khidmat masyarakat dalam menangani kes COVID-19 yang dilihat meningkat saban hari di Melaka.

Menurutnya, kerja sukarela percuma itu yang turut melibatkan Skuad Sabil Tangga Batu bertujuan meringankan beban agensi kerajaan yang giat melakukan kerja-kerja nyahkuman di lokasi berisiko di bawah Parlimen Tangga Batu.

RAIS ketika melakukan proses sanitasi awam di perkarangan masjid di Paya Rumput.

“Setakat ini, sebanyak 40 lokasi termasuk 20 taman perumahan di bawah Parlimen Tangga Batu membabitkan lebih 4,000 rumah telah dinyahkuman.

“Kebanyakan daripada kawasan disanitasi ini adalah permintaan dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan yang terdapat kes-kes positif.

“Selain sanitasi di tempat awam, kami turut melaksanakan ‘fogging sanitizer’ atas permintaan masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Paya Rumput, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, sanitasi awam terbabit telah memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk serta masyarakat setempat.

RAIS YASIN

Ujarnya, dengan keadaan kes semasa COVID-19 di Melaka dilihat meruncing, sanitasi awam dilihat amat perlu terutama di kawasan tertutup seperti di masjid.

“Hari ini sahaja, tujuh lokasi akan kami sanitasi dan ikutkan sudah beberapa masjid di bawah Parlimen Tangga Batu ini disanitasi sebelum solat Jumaat bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

“Kami berharap usaha secara sukarela kami ini dapat memberi manfaat dan impak kepada masyarakat setempat dalam menangani penularan COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

723
Kongsi :
Previous post COVID catat rekod tertinggi 17,786 kes baharu hari ini
Next post Risiko COVID-19, Mesyuarat Khas Parlimen Isnin ini ditangguh
Ubah saiz-+=