Lebih 4,000 pelawat serbu Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 2 Jun – Tawaran tiket masuk RM10 berjaya menarik kira-kira 4,012 pengunjung dan pelancong untuk menikmati suasana di Zoo Melaka pada waktu malam.

Sejurus kaunter jualan dibuka pada jam 8 malam lebih 500 tiket sudah terjual, sekali gus membuktikan tawaran sempena Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ mendapat sambutan amat positif.

Tinjauan mendapati pelancong dari Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor memanfaatkan musim cuti sekolah untuk bercuti di Negeri Melaka.

Img 20240602 020742 721
RAIS memotong riben sebagai tanda pembukaan Zoo Melaka sempena Program Melaka Bila Larut Malam.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, bagi mengelakkan pelawat menunggu lama, pihak pengurusan membuka pintu masuk pada 9.40 malam, 20 minit awal berbanding jadual ditetapkan.

“Kerana ramai yang sudah beratur seawal jam 8 malam dan selepas perbincangan diadakan kita memberi peluang pengunjung untuk memasuki kawasan zoo dengan lebih awal kerana bimbang ibu bapa yang membawa anak-anak atau warga emas menunggu lebih lama.

“Alhamdulillah program yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ini mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan pelancong. Ini menjadi satu pemangkin dalam industri pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya ketika ditemui di Zoo Melaka, semalam.

Img 20240602 020736 496
ORANG ramai beratur seawal jam 8 malam bagi mendapatkan tiket masuk ke Zoo Melaka ditawarkan pada harga RM10 sempena Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datin Sapiah Haron serta Pengarah Zoo Melaka Zanariah Khamis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

206
Kongsi :
Previous post Berita gembira menanti orang Melaka pada Ogos
Next post Bila Larut Malam: Pelancong rasa berbaloi bercuti ke Melaka
Ubah saiz-+=