Lebih 300,000 individu terima vaksin menerusi MOVAK
Beliau berkata daripada jumlah itu, 201,288 merupakan penerima dos pertama manakala selebihnya sudah lengkap menerima dua suntikan vaksin sejak program itu dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mula dilaksanakan pada 26 Jun lepas.
“Kami sediakan 25 bas dan bergerak ke seluruh negeri. Program ini adalah usaha untuk mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya selepas menyerahkan 250 kotak bantuan makanan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi Parlimen Jelebu di sini hari ini.
Terdahulu, Halimah turut meninjau program MOVAK yang menyediakan dua bas bagi melancarkan 300 dos suntikan sehari di Dewan Perpaduan Simpang Pertang, Jelebu.
Dalam pada itu, Halimah berkata kementerian menyalurkan peruntukan RM12.4 juta bagi menyediakan 73,883 kotak makanan yang memanfaatkan keluarga masyarakat India B40 di seluruh negara.
Turut hadir, Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap Ahli Parlimen Jelebu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.