Sorting by

×

LEBIH 30,000 PENGUNJUNG NIKMATI 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA SETAKAT TENGAH HARI

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Februari – Lebih 30,000 pengunjung mengunjungi 13 lokasi pelancongan Melaka secara percuma sempena cuti umum Hari Pengisytiharaan Kemerdekaan Tanah Melayu, setakat tengah hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata jumlah itu berdasarkan rekod yang diterima daripada 13 pengendali produk pelancongan terbabit.

Katanya, kehadiran lebih 70 peratus direkodkan merupakan warga Melaka memandangkan cuti umum pada hari ini adalah untuk Negeri Melaka sahaja.

“Setakat tengah hari, Zoo Melaka merekodkan kemasukan seramai 7,900 pengunjung; Melaka River Cruise (2,016); Eco Cruise Sungai Linggi (51); Menara Taming Sari (1,407); Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) (3,502); Melaka Wonderland (4,195); A’Famosa WaterWorld (2,000).

“Muzium Penjara Malaysia Melaka (1,047), Kompleks Air Panas Gadek (1,042); Balai Cerap Al- Khawarizmi (690); Air apanas Cherana Putih (225); Kompleks Kraf Melaka (382); Lima Kelab Golf Melaka (464) dan Melaka River Park (357).

“Secara keseluruhan kita menyasarkan sehingga 70,000 pengunjung akan menikmati kesemua produk pelancongan percuma ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi kemasukan percuma di Melaka River Cruise, Jeti Taman Rempah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Nasrul Ahmad dan lain-lain kenamaan.

Untuk rekod, tahun ini merupakan edisi kedua tawaran kemasukan percuma oleh Kerajaan Negeri Melaka sempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 20 Februari.

Tahun lalu, inisiatif itu berjaya menarik 109,742 pengunjung dan pelancong menerusi 11 produk pelancongan yang menawarkan tiket percuma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post MASUK PERCUMA TAHUN INI LEBIH SISTEMATIK, LANCAR
Next post KEMBALI KE ERA ‘HITAM PUTIH’ MALAM INI