Lebih 3,000 meriahkan rumah terbuka DUN Rim
RIM 5 Mei – Lebih 3,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Alamanda, Jasin, malam ini.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman turut hadir ke majlis tersebut.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kenamaan lain.
Majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu bermula jam 8 malam hingga 11 malam.
Namun sehingga jam 11.15 malam kelihatan masih ramai warga setempat berkunjung menikmati juadah yang dihidangkan pada majlis rumah terbuka itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.