Sorting by

×

Lebih 300 lagi PPV akan dibuka – Muhyiddin

Masa Membaca:58 Saat

KUALA LUMPUR 5 Jun – Lebih 300 lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dibuka di seluruh negara tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, ketika ini terdapat lebih 280 PPV sedang beroperasi di seluruh negara.

“Sebanyak 105 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup sudah pun beroperasi.

“Beberapa PPV mega juga sudah diwujudkan dan jumlah ini akan terus ditambah dalam masa terdekat terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, selari dengan penambahan stok vaksin,” katanya seperti dilaporkan portal BH di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengenai perkembangan PICK menerusi Facebook serta disiarkan secara langsung beberapa stesen televisyen.

Muhyiddin uga meminta rakyat Malaysia tampil ke hadapan sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

“Rakyat negara ini diseru agar tampil ke hadapan sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

“Golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

282
Kongsi :
Previous post Dulu ‘disuntik’ ilmu, kini jadi saksi guru disuntik vaksin
Next post Melaka tambah lagi lapan PPV
Ubah saiz-+=