
Lebih 283,000 pelanggan domestik TNB nikmati BPE & PRE
BANDA HILIR 29 Jun – Lebih 283,000 pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini menikmati Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang diumumkan Kerajaan Persekutuan dalam membantu mereka yang terbeban dengan kenaikan bil.
Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ir Khairizam Ibrahim berkata, BPE dapat dinikmati pelanggan domestik dalam tempoh tiga bulan bermula April hingga Jun, manakala PRE pula diberikan sehingga September.
“Memang pada awalnya kita ada aduan daripada pelanggan mengenai kenaikan bil namun ianya cuma salah faham dan mereka akan dapat lihat dengan jelas serta menikmatinya pada Julai nanti sebaik menerima bil.
“Untuk Melaka kita hanya menerima kira-kira 150 aduan mengenai kenaikan bil, namun kesemuanya sudah diselesaikan, malah kita sendiri turun padang ke rumah pengadu menerangkan keadaan sebenar bacaan meter,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka Datuk Haji Sulaiman Md Ali ke TNB Melaka.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negeri Datuk Seri (Dr) Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya , Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Insfrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...
OP BERSEPADU MBMB: 357 PREMIS DIPERIKSA, ENAM DISITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sebanyak 357 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan di Pasar Besar MBMB Bachang, 13...
49 MUALAF MELAKA KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 19 Mac - Seramai 49 mualaf si bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya khatam al-Quran dalam bulan...