
Lebih 2,000 sertai bacaan Yasin dan doa kesyukuran Melaka
BUKIT PALAH 18 Ogos – Lebih 2,000 jemaah menyertai Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Doa Kesyukuran Negeri Melaka, yang diadakan di Masjid Al-Azim, selepas solat Maghrib, hari ini.
Majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu diadakan bersempena Hari Pahlawan, Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Hari Kebangsaan 2022.
Majlis itu dihadiri Tun Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin sebelum diteruskan dengan solat hajat dan solat Isyak berjemaah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.