
LEBIH 2,000 PENCINTA ALAM SAKSI KEHADIRAN BURUNG HIJRAH
KUALA LINGGI 9 Mac – Lebih 2,000 pencinta alam tempatan dan luar negara berhimpun pada Program Raptor Watch Tanjung Tuan 2025 bertempat di Taman Eko Rimba, Tanjung Tuan, semalam dan hari ini.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka Nasrul Ahmad berkata program tersebut melibatkan orang awam, pelajar sekolah dan pencinta alam.
Katanya, selain melihat kehadiran unggas pihak turut menyusun beberapa aktiviti lain buat peserta seperti Forest Walks, Marine Walks, Biodiversity Talk, Pertandingan Melukis dan Pameran Agensi.
“Program ini dikategorikan sebagai sub sektor eko – pelancongan di Negeri Melaka dan mendapat penyertaan yang menggalakkan dari seluruh dunia antaranya United Kingdom; Amerika Syarikat; Jerman serta pelbagai lagi negara asing.
“Acara tahunan ini bertujuan bagi menyaksikan kehadiran burung hijrah seperti Oriental Honey- Buzzard dan Gray –Faced Buzzard,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Majlis Perasmian Raptor Watch 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan.
Turut hadir, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah.
Program tersebut merupakan anjuran bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP);Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Jabatan Laut Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan turut mendapat sokongan dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.