Sorting by

×

LEBIH 2,000 PEMIMPIN MASYARAKAT BERBUKA PUASA BERSAMA KETUA MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI BENDAHARA 22 Mac – Lebih 2,000 pemimpin masyarakat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, majlis itu turut dihadiri veteran dan bekas pemimpin masyarakat kampung sekitar Negeri Melaka.

Menurut beliau, turut dijemput pemimpin masyarakat daripada enam Parlimen dengan jumlah keseluruhan seramai 1,757 orang.

“Pada majlis ini juga kita ambil kesempatan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda menghargai jasa pemimpin masyarakat sekitar Melaka.

“Turut dijemput semua yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Madani di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Syawal keenam bersamaan 5 April nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Pada majlis itu juga Ketua Menteri bersama tetamu turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post 15 TAHUN TAK PERNAH LUPA BELANJA BAJU RAYA
Next post KETUA MENTERI MOREH BERSAMA LEBIH 50 PENGAMAL MEDIA, PEMPENGARUH MELAKA