
Lebih 20 juta vaksin telah diberi menerusi PICK
KUALA LUMPUR 31 Julai – Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.
“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 mereka,” katanya menerusi hantaran itu.
Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...