Lebih 18,000 alumni UNIMEL termasuk dari negara luar

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 6 Disember – Universiti Melaka (UNIMEL) kini mempunyai seramai 18,448 alumni melibatkan bekas pelajar tempatan dan beberapa negara luar.

Naib Canselor UNIMEL, Profesor Dr Abdul Razak Ibrahim berkata, antara alumni dari negara luar melibatkan pelajar dari Indonesia, Sri Lanka, Kemboja, Brunei dan Singapura.

“Ini menjadi satu kebanggaan kepada UNIMEL dan kita mengalu-alukan para graduan untuk mencurahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kepakaran.

“Dengan cara ini kita dapat meneruskan kegemilangan UNIMEL sama ada di peringkat nasional mahupun global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Graduasi UNIMEL Bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMEL bersama isteri Datin Seri Utama Munirah M.Yusop.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Gaya Hidup Kampus) UNIMEL, Baharom Said dan Pegawai Tugas-tugas Naib Canselor kepada Naib Canselor UNIMEL, Datuk Prof Dr. Baharudin Putih.

IMG_20221206_011958_898
MELAKA 05 DISEMBER 2022. Artis Khai Bahar menyerikan Majlis Jamuan Graduasi Universiti Melaka (UNIMEL) di Hotel Hatten, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Dalam pada itu Dr Abdul Razak mengalu-alukan sumbangan graduan dalam pelbagai bentuk termasuk tabung wakaf UNIMEL.

“Ini dapat memanfaatkan pembangunan fasiliti dan infrastruktur pembelajaran dan pengajaran di UNIMEL,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1909
Kongsi :
Previous post Bubar DUN: Pas serah kepada MB – Abdul Hadi
Next post PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan
Ubah saiz-+=