Lebih 136,000 serbu Banda Hilir sempena cuti sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 2 Jun – Banda Hilir yang menjadi lokasi pelancongan ikonik Negeri Melaka merekodkan kehadiran lebih 136,000 pengunjung dalam tempoh seminggu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, jumlah itu berdasarkan data cerapan ‘Crowd Monitoring System’ bermula 24 Mei hingga 1 Jun.

Menurut beliau, jumlah kehadiran pelancong dan pengunjung tertinggi direkodkan adalah pada 1 Jun iaitu pada pelaksanaan Program Bila Larut Malam yang menyaksikan beberapa produk pelancongan beroperasi sehingga jam 2 pagi.

“Ini membuktikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Negeri membawa impak positif dari sudut pelancongan dan ekonomi kepada semua yang berada di Banda Hilir ini.

“Ia juga membuktikan Melaka masih lagi relevan dan menjadi pilihan pengunjung fan pelancong yang datang dari luar, mahupun dari dalam Negeri Melaka sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan Walkabout Bila Larut Malam di sekitar Banda Hilir, malam tadi.

Menurut Shadan, beberapa penambahbaikan akan dilakukan MBMB terutama dalam sudut aliran trafik memandangkan ada beberapa kawasan berdepan kesesakan berikut kebanjiran pengunjung dan pelancong ke negeri ini.

“Insya-Allah, MBMB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan penguraian trafik berjalan lancar dan lebih berkesan terutama pada waktu puncak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

281
Kongsi :
Previous post Pernikahan, walimatulurus mualaf bukti keprihatinan Kerajaan Negeri 
Next post Moyang Harley Davidson 100 tahun
Ubah saiz-+=