
Lebih 122,000 polis lengkap vaksinasi – KPN
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Seramai 122,202 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata seramai 32,652 pegawai dan anggota polis telah menerima dos penggalak setakat 18 Januari lepas.
“Semoga dengan usaha ini, dapat melindungi warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) daripada risiko jangkitan wabak COVID-19 ketika melakukan tugas dan memutuskan rantaian wabak itu.
“Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengurusan kerana usaha berterusan memastikan warga PDRM dilindungi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi laman Facebook rasmi PDRM sempena perhimpunan bulanan KPN di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sementara itu, Acryl Sani berkata PDRM menggariskan tiga fokus sepanjang 2022 iaitu untuk memperkasakan integriti warga PDRM, berkhidmat untuk masyarakat dan mensejahterakan keamanan negara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...