Lebih 1,200 pemancing meriahkan Megasurf Pantai Puteri 2023

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PANTAI KUNDOR 24 Disember – Lebih 1,200 peserta mengambil bahagian pada pertandingan memancing Megasurf Pantai Puteri 2023 yang berlangsung di Pentas Budaya, Pantai Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pertandingan tersebut menyediakan hadiah menarik bernilai lebih RM100,000 kepada pemenang.

Katanya, penganjuran program memancing itu akan diteruskan pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan skala yang lebih besar.

“Menjelang TMM2024, beberapa program telah diadakan termasuk Megasurf Pantai Puteri sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya.

“Program ini mampu merancakkan sub sektor pelancongan sukan Negeri Melaka, sekali gus menyemarakkan lagi TMM2024,” katanya Ketua Menteri pada sidang media selepas merasmikan Megasurf Pantai Puteri 2023.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta timbalannya, Datuk Zulkiflee Mohd Zin selain Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor merangkap Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Penguna negeri, Tuminah Kadi @Mohd Hashim.

Pada pertandingan terbabit, Razali Mohd Tahir muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM25,000 selepas berjaya mendaratkan pari seberat 2.445 kilogram (kg).

Sementara itu tempat milik Mohd Marzuki Syafie, membawa pulang wang tunai RM8,000 dengan hasil tangkapan ikan kurau seberat 1.170 kg, manakala tempat ketiga dimenangi Fazreen Aziz Abdul Aziz yang membawa pulang RM4,000 dengan tangkapan ikan kurau seberat 0.85 kg.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1141
Kongsi :
Previous post Lelaki maut bergaduh dengan abang teman wanita
Next post 2,300 peserta berpakaian tradisional, kostum meriahkan Larian Budaya Duyong Kita
Ubah saiz-+=