LEBIH 1,000 SERTAI KAYUHAN MERDEKA DUN TELOK MAS
TELOK MAS 1 September – Lebih 1,000 peserta menyertai Program Kayuhan Merdeka Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas di sini hari ini.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata program kayuhan peringkat DUN itu julung kali diadakan pada tahun ini.
Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Telok MAS, berkata kayuhan sejauh 18 kilometer (km) itu bermula di Pernu dan berakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu.
“Program ini pertama kali kita buat diperingkat DUN dan pada awalnya kita hanya sasarkan 800 penyertaan tapi disaat akhir kita menerima lebih 1,000 penyertaan.
“Menerusi kayuhan ini, kita menyediakan laluan di mana peserta akan melalui semua jalan-jalan dalam Kampung dalam kawasan Telok Mas, ini yang menariknya di mana selain beriadah, peserta dapat melihat keindahan yang ada di Telok Mas.
“Ia sambutan luar jangka, dan kita akan angkat program ini untuk dijadikan sebagai acara tahun dalam kawasan Telok Mas.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Kayuhan Merdeka Madani di SK Padang Temu di sini hari ini.
Pada majlis itu juga Abdul Razak sempat menyamaikan beberapa sumbangan kebajikan kepada penduduk setempat termasuk cabutah bertuah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.