Sorting by

×

LEBIH 1,000 MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA POGHUT AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 28 Mac  – Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Poghut Ayer Limau diadakan di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hamed Mytheen Kunju Basheer di Kampung Jeram, di sini, hari ini.

Hameed berkata, penganjuran itu adalah bagi meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ini dengan menjemput masyarakat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau untuk bersama-sama berbuka puasa di kediaman beliau.

Katanya, majlis itu juga membuka peluang kepada rakyat untuk berjumpa empat mata dengan pemimpin tempatan seperti Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan wakil institusi Agama seperti pegawai syarak yang turut dijemput hadir.

“Tradisi ini dimulakan sejak saya menjadi wakil rakyat, terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis berbuka kali ini. Bukan sahaja menikmati pelbagai hidangan disediakan majlis seumpama ini sebenarnya adalah medium terbaik bagi mengeratkan lagi hubungan antara penduduk atau ‘poghut’ di DUN Ayer Limau dan pemimpin.

“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, kita sediakan 700 kerusi tetap jumlah yang hadir lebih daripada jangkaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, majlis dianjurkan juga terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang kerana objektifnya adalah untuk mengukuhkan lagi perpaduan antara poghut di DUN Ayer Limau.

Terdahulu majlis itu dimulakan dengan tahlil, diikuti berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4036
Kongsi :
Previous post PEKERJA KILANG MAUT DALAM PERJALANAN PULANG BERAYA
Next post 40 KAWAH DODOL SEMARAK SUASANA SYAWAL DI MELAKA