Sorting by

×

LEBIH 1,000 BELIA MERIAHKAN KARNIVAL SUKAN ZON DUN AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 5 Februari – Penganjuran Karnival Sukan Zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau setakat ini berjaya menarik penyertaan seramai 1,000 orang anak muda berusia 15 hingga 30 tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata karnival itu sudah bermula pada 28 Januari lalu dan dijadualkan berakhir 8 Februari ini.

Mengulas lanjut Hameed berkata, karnival itu dibahagikan kepada enam zon yang secara keseluruhan melibatkan peserta dari 17 kampung dan 8 taman perumahan dalam DUN Ayer Limau.

“Juara setiap zon akan berentap pada aksi final dijadualkan 15 Februari ini bagi merebut gelaran Champion Zon melibatkan tiga acara sukan iaitu futsal, sepak takraw dan bola jaring.

“Hanya tiga acara ini sahaja dipertandingkan hingga ke peringkat Champion Zon, namun atas kesesuaian dan permintaan turut berlangsung pertandingan lain seperti dam aji, bola sepak dan karom,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata penganjuran karnival sukan itu bertujuan memeriahkan cuti sekolah dan cuti semester yang sedang berlangsung.

“Kita harap kanival dianjurkan ini memberi faedah kepada anak muda selain membuka peluang untuk mereka bersaing secara sihat dalam gelanggang sukan. Lebih baik isi masa terluang sepanjang musim cuti ini dengan aktiviti berfaedah, alhamdulillah kita menerima reaksi positif daripada peserta serta penduduk setempat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

71
Kongsi :
Previous post JOHAN FUTSAL  BAWA PULANG HADIAH LEMBU
Next post PEJABAT BAHARU JKM LEBIH MESRA KLIEN