Sorting by

×

Lebih 10 individu positif Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh

Masa Membaca:2 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 9 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) merekodkan pertambahan satu kes positif COVID-19 berkaitan Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh membabitkan Hotel Ames di sini, semalam.

JKN Melaka dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan 10 individu dikesan positif dan seramai 242 kontak rapat telahpun dikenal pasti setakat 7 Mei lalu.

“Kluster tempat kerja ini melibatkan hotel di Ayer Keroh, punca jangkitan terhadap kes indeks adalah masih dalam siasatan.

“Kes ini disyaki jangkitan komuniti (sporadik) di tempat kerja, kes indeks iaitu tempat tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa.

“Seterusnya merebak dalam kalangan kontak terdekat di tempat kerja,” kata kenyataan itu.

Penutupan jalan ketika tinjauan di Hotel Ames, Ayer Keroh. Foto: MR. Azli

 

Dalam perkembangan lain, JKN Melaka memaklumkan semalam juga terdapat satu pertambahan Kluster Jalan Limbungan Jaya yang melibatkan restoran di Taman Kota Laksamana.

“Punca jangkitan terhadap kes indeks adalah masih dalam siasatan, namun disyaki jangkitan komuniti (sporadik) di tempat kerja kes indeks iaitu tempat tumpuan pengunjung untuk makan.

“Seterusnya merebak dalam kalangan ahli keluarga dan kontak terdekat, seramai 53 kontak rapat telah dikenal pasti dan setakat semalam seramai 10 individu dikesan positif di dalam kluster ini,” kata kenyataan itu.

Bagi perincian kes harian, seramai 100 individu dikesan positif membabitkan 92 kes tempatan, tiga kes import dan lima kes banduan atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Terdapat juga pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 20 kes bagi Kluster Kampung Hilir Alor Gajah, empat kes bagi Kluster Air Budi, 15 kes bagi Kluster Kopitiam Machap Baru lapan kes bagi Kluster Sebatu dan satu kes bagi Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh.

Pertambahan kes itu sekali gus menjadikan sebanyak 623 kes sedang dirawat yang mana 31 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes menggunakan bantuan alat pernafasan setakat semalam.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman dipetik berkata, kluster membabitkan hotel ini kini dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengenalpasti punca sebenar jangkitan itu.

Menurutnya, kluster itu berkemungkinan besar adalah jangkitan sporadik iaitu jangkitan dalam komuniti yang berpunca dari tempat kerja dan ia dijangka akan tamat pada 5 Jun depan.

Rahmad berkata, semua kontak rapat yang terlibat adalah rakan sekerja dari kakitangan pentadbiran, pengurusan, penyeliaan dan jurutera dari hotel itu namun tidak melibatkan pekerja daripada bahagian penyediaan makanan katering atau bufet.

BERITA BERKAITAN:Kluster Jalan PKAK Ayer Keroh: Kemungkinan besar kes sporadik – Rahmad

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

580
Kongsi :
Previous post Larangan rentas daerah, negeri di seluruh negara selama empat minggu mulai Isnin ini
Next post COVID-19: Hotel Ames dan Hotel MetraSquare Ayer Keroh tutup 9 hari
Ubah saiz-+=