Sorting by

×

LAWATAN KERJA DELEGASI CHINA KE MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 27 Oktober – Kira-kira 10 delegasi daripada Mahkamah Agung Republik Rakyat China mengadakan lawatan kerja ke Melaka hari ini.

Ketibaan delegasi tersebut disambut oleh Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri Mengenai Pelaburan dan Hal Ehwal China, Datuk Wira Lim Ban Hong dan Penasihat Undang-Undang negeri, Khairul Azreem Mamat.

Wakil delegasi China diketuai oleh Ketua Pendakwa Raya Tertinggi Republik Rakyat China, Pendakwa Raya Agung Mahkamah Agung Rakyat (SPP), Ying Yong; Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Rakyat Wilayah Hebei, Dong Kaijun; Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Rakyat Wilayah Fujian, Hou Jianjun; Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Rakyat Wilayah Shandong, Gu Xuefei dan Pengarah Jeneral Biro Kerjasama Antarabangsa SPP, Liu Zhiyuan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jeneral Pejabat Am SPP, Hu Guangyang; Penasihat Biro Kerjasama Antarabangsa SPP, Zhang Xiaohan; Ketua Bahagian Timbalan Biro Kerjasama Antarabangsa SPP, Zhang Long bersama Pegawai Keselamatan, Tong Chaofan dan Xu Xueting Jurubahasa Kementerian Luar Negeri.

Sesi lawatan kerja terbabit dimulakan dengan delegasi dibawa ke Sky Deck untuk bersarapan dan menikmati keindahan suasana di atas bangunan antara yang tertinggi di Melaka.

Seterusnya delegasi di bawa ke Masjid Selat Melaka; Muzium Cheng Ho; Muzium Baba Nyonya Heritage sebelum berhenti rehat dan menikmati hidangan makan tengahari di sebuah hotel bersebelahan Sungai Melaka.

Sebelum delegasi menghakhiri siri lawatan kerja di Melaka dan pulang ke Kuala Lumpur, kesemua mereka dibawa menaiki bot Melaka River Cruiss (MRC) untuk menikmati keindahan Sungai Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post ‘KAMI SEKELUARGA LEGA DAN RASA SELAMAT’
Next post PESTA DEEPAVALI DI PADANG NYIRU MERIAH
Ubah saiz-+=