
Latih pelajar jadi usahawan
MERLIMAU 10 April – Bagi menggalakkan pelajar terlibat dalam bidang keusahawanan, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) melaksanakan Program Bazar Ramadan @ PMM 2024, baru-baru ini.
PMM dalam satu kenyataan memaklumkan bazar berkenaan diadakan bermula 25 hingga 28 Mac itu berjaya meraih nilai jualan RM16,157.
“Hasil perniagaan selama tiga hari ini telah berjaya mencatatkan nilai jualan terkumpul sebanyak RM16,157.
“Bazar Ramadan ini merupakan kali pertama diadakan semula di dalam kampus di bawah anjuran Unit Keusahawanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID19.
“Ia membuka peluang kepada pelajar untuk membudayakan keusahawanan melalui aktiviti jualan juadah berbuka puasa selama tiga hari tersebut,” katanya.
Bazar berkenaan melibatkan seramai 212 pelajar dari pelbagai jabatan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), kelab dan persatuan dengan 20 perniagaan berdaftar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...