Sorting by

×

LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 5 Januari – Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena program Melaka Bila Larut Malam edisi Januari 2025.

Antaranya adalah Muzium Samudera atau Flor De La Mar yang menjadi tumpuan pengunjung sekitar Jalan Kota, Banda Hilir sejak jam 9 malam tadi.

Bagi pengunjung, Abdul Muhaimin Salleh, 35 dari Bangi, tidak menyangka kedatangannya ke Melaka atas urusan kerja akhirnya mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila dapat menikmati tiket kemasukan ke lima buah muzium pada harga RM10 sahaja.

“Saya tidak sengaja datang ke sini kerana awalnya hanya ingin berjalan-jalan waktu malam sehinggalah kami nampak replika kapal yang sangat menarik ini.

“Rupa-rupanya Melaka tengah buat promosi RM10 ini. Saya rasa berbaloilah dengan permandangan yang menarik dan bahan bacaan sejarah.

“Saranan saya supaya Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi promosi mengenai program ini agar sampai kepada pelancong luar,” katanya.

Img 20250105 134602 696
KELUARGA membawa anak-anak ke Muzium Samudera bersempena Melaka Bila Larut Malam. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Sementara itu, Norhazizah Othman, 39 dari Paya Dalam mengakui sememangnya menantikan lanjutan Melaka Bila Larut Malam pada tahun ini.

Dia terharu akan keprihatinan Kerajaan Negeri yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati keseronokan melancong dengan harga murah.

“Semua tempat saya sudah pergi pada tahun lepas kecuali ini (muzium) tapi memang tak sangka betul tahun ini ada lagi.

“Ia sangat bermakna. Terima kasih Ketua Menteri Melaka,” katanya.

Mengikut rekod, muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mencatatkan lebih 270 pengunjung setakat jam 2 pagi tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
Next post 3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
Ubah saiz-+=