Sorting by

×

LARIAN UNIFORM SPIRIT PASTI MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Februari – Tema badan beruniform dan keindahan sekitar lokasi tumpuan pelancong antara tarikan serta kelainan pada penganjuran Uniform Spirit 5KM Funwalk @Tanjung Bidara, di Pantai Tanjung Bidara, esok.

Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Ahmad Warid Ismail berkata, setakat ini seramai 500 peserta dalam kalangan orang awam sudah mengesahkan kehadiran mereka pada penganjuran tersebut.

Katanya, Uniform Spirit 5KM Funwalk @Tanjung Bidara adalah sebahagian daripada pengisian atau aktiviti disusun bersempena Karnival Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Beruniform.

“Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara akan menyempurnakan pelepasan peserta larian pada jam 7.30 pagi.

“Penganjuran kali ini dijamin menarik, kita mahu cipta kelainan dengan membawa tema badan beruniform, pastinya kita dapat menyaksikan pelbagai gelagat dan aksi menarik daripada peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Katanya, enam hentian disediakan sepanjang trek larian sepanjang lima kilometer itu yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Antara makanan yang disediakan adalah sate, karipap, kuih bakar dan bahulu, malah Datuk Seri Utama Ab Rauf juga menyediakan air percuma,” katanya.

Ahmad Warid berkata, untuk peserta larian bertuah pula, berpeluang membawa pulang wang tunai antara RM50 hingga RM1,000.

“Antara acara lain disusun bersempena Karnival Sukan Dua Jiwa Satu Hati Dan Beruniform adalah Tanjung Bidara Berselawat pada malam ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

206
Kongsi :
Previous post WRUR PELUANG DALAMI MASALAH RAKYAT
Next post ONE MEDIC BERTAM MALIM TAWAR PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK