Larian, kayuhan sempena ulang tahun ke-100 MAFA tawar pelbagai aktiviti menarik

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 22 Disember – Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) bakal menganjurkan MAFA Century 100th Years Clean Eco Fun Run & Fun Ride, 30 Disember ini.

Program larian sejauh 5 kilometer (km) dan kayuhan 20km itu akan diadakan di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh dan disasarkan disertai kira-kira 2,000 peserta.

Timbalan Presiden MAFA Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan bersempena program larian berkenaan, antaranya, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, pemeriksaan kesihatan percuma, persembahan artis jemputan, zumba dan bermacam-macam lagi.

Menariknya, beliau berkata, selain menggalakkan gaya hidup sihat, program itu juga membawa kelainan dengan mempromosikan budaya kitar semula menerusi kerjasama dengan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment).

Jelasnya, dengan membawa sekurang-kurangnya 2 kilogram (kg) barangan kitar semula sewaktu pengambilan ‘goodies’, peserta layak menyertai cabutan bertuah utama yang disediakan.

“Ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan alam sekitar untuk diwarisi generasi akan datang.

“Dengan yuran penyertaan serendah RM35 dan percuma bagi orang kurang upaya (OKU), pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi peserta yang mengambil bahagian.

“Jadi kita menyeru orang ramai untuk turut serta bagi memeriahkan program bersempena ulang tahun ke-100 MAFA ini dan pendaftaran dibuka sehingga 28 Disember,” katanya.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendaftar secara dalam talian di https://portal.kitarecycle.com/mafa_fun_run_registration (kategori Fun Run) dan https://portal.kitarecycle.com/mafa_fun_ride_registration (kategori Fun Ride).

Untuk pengambilan ‘goodies’, kaunter akan dibuka pada 27, 28 dan 29 Disember bertempat Wisma MAFA, Kompleks Sukan Hang Jebat bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1816
Kongsi :
Previous post Pelanjutan Zon Bebas Kenderaan masih di peringkat kajian
Next post Bunuh ibu saudara: Operator kilang didakwa di hospital
Ubah saiz-+=