Sorting by

×

Larian, kayuhan 100 tahun MAFA promosi budaya kitar semula

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 15 Disember – Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bakal menganjurkan MAFA Century 100th Years Clean Eco Fun Run & Fun Ride, 30 Disember ini.

Program larian sejauh 5 kilometer (km) dan kayuhan 20km itu akan diadakan di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh dan disasarkan akan disertai kira-kira 3,000 peserta.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, program tersebut diadakan bersempena 100 tahun penubuhan MAFA dan pihaknya dipelawa menjadi penganjur bersama.

Menariknya, beliau berkata, program larian tersebut bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, bahkan pada masa turut mempromosi budaya kitar semula dalam kalangan peserta.

Ini kerana, menurutnya, setiap peserta terlibat perlu mendaftar dengan KITARecycle dan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 kilogram (kg) barangan kitar semula ketika mengambil baju dan bip sebelum program berkenaan.

“Dengan membawa sekurang-kurangnya 2kg barangan kitar semula, semua peserta ini layak untuk menyertai cabutan bertuah menarik yang disediakan.

“Kita anggarkan 2,000 ke 3,000 peserta akan hadir dan jika kesemua peserta menyahut seruan ini, dianggarkan hampir 6 tan barangan kitar semula dapat dikumpul pada program tersebut.

“Ini sekali gus menimbulkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya pengasingan sisa dari punca dan seterusnya menggalakkan pembudayaan kitar semula yang pada akhirnya akan menyumbang kepada kehijauan bumi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sembang Santai SWM Environment Bersama Media di
Pusat Pandu Lalu KITARecycle Taman Botanikal Melaka, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Norlisam, setakat ini, seramai 5,200 rakyat Melaka sudah mendaftar menerusi program KITARecycle yang membolehkan mereka mengumpul mata ganjaran menerusi amalan kitar semula.

Katanya, untuk tahun hadapan, pinyaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 lagi rakyat negeri ini akan mendaftar dengan KITARecycle.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1282
Kongsi :
Previous post Sasar murid cemerlang UPKK DUN Asahan meningkat
Next post Cuti umum 20 Februari, SPM berjalan seperti biasa
Ubah saiz-+=