Sorting by

×

LARIAN BUDAYA DUYONG LUAR BIASA, PECAH REKOD MBOR

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

DUYONG 22 Disember – Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 berjaya mencipta rekod dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, pengiktirafan itu diberikan bagi kategori ‘Largest Participation in a Costume Run’ dengan penyertaan seramai 7,475 orang.

“Pastinya pengiktirafan ini menjadi kebanggaan kepada warga Duyong khususnya kerana saya rasa Japerun Duyong yang pertama mendapat pengiktirafan daripada MBOR ini.

“Meskipun larian ini adalah anjuran Japerun Duyong tetapi dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan sokongan banyak pihak ia berjaya dilangsungkan dengan kehadiran lebih 17,000 orang selain turut mendapat pengiktirafan MBOR.

“Selain penyertaan dari luar negeri, peserta larian kali ini juga ada dari luar negara antaranya Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024, yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Mohd Noor Helmy, menariknya penganjuran Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 juga adalah turut disertai komuniti anak istimewa seramai kira-kira 30 orang termasuk dari Kuala Lumpur.

“Sebenarnya kita menjemput anak-anak ini adalah bagi menggalakkan ibu bapa yang ada anak istimewa terlantar untuk bersama-sama terlibat dalam komuniti selain tidak mudah berasa malu.

“Kita ingin memberitahu komuniti ini bahawa Kerajaan Negeri Melaka amat menyokong mereka malah akan membantu sedaya-upaya agar dapat bersama-sama keluar terlibat dalam masyarakat bukannya mengambil pendekatan menyendiri di rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

118
Kongsi :
Previous post KANAK-KANAK MAUT, MOTOSIKAL DINAIKI EMPAT BERANAK TERLIBAT KEMALANGAN
Next post 750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING
Ubah saiz-+=