
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember – Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024.
Seawal jam 6 pagi, peserta larian mula memenuhi perkarangan stadium meskipun cuaca hujan renyai-renyai.
Peserta larian yang hadir menggayakan pelbagai busana antaranya lengkap berbaju melayu dan cheongsam malah ada yang memakai kostum animasi.
Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut sama menyertai larian Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.
Acara pelepasan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 disempurnakan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dengan diiringi Ahli Parlimen Kota Laksamana Khoo Poay Tiong dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SUMBANG RM300,000 UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA
BUKIT PALAH 8 Mac - Sejumlah RM300,000 disalurkan Kerajaan Negeri Melaka kepada 30 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) bagi bantuan...
2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI
BUKIT PALAH 8 Mac - Kira-kira 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, pada Majlis Iftar Jamaie...
LORI TANGKI BAWA MUATAN 22,000 LITER PETROL DAN DIESEL TERBALIK, PEMANDU CEDERA
ALOR GAJAH 8 Mac - Seorang pemandu lori tangki membawa muatan petrol dan diesel cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan...
LAPAN LELAKI ‘KANTOI’ PONTENG PUASA DI MELAKA
KLEBANG 8 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan lapan lelaki yang didapati ponteng puasa dengan makan, minum...
BANJIR DI MELAKA PULIH, PPS TERAKHIR DITUTUP 5.45 PETANG TADI
AYER KEROH 8 Mac - Situasi banjir di Melaka pulih apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah petang ini. Sekretariat...
‘DAK NOR’ TERIMA ANUGERAH KASIH WANITA CEKAL
AYER KEROH 8 Mac - 'Dak Nor' atau nama sebenarnya Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio menjadi antara wanita kebanggaan...