Larangan perhimpunan #TangkapAzamBaki
KUALA LUMPUR 21 Jan – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengeluarkan larangan demonstrasi selama tujuh hari di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.
Larangan itu susulan perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di ibu negara esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, perintah larangan itu dikeluarkan mahkamah kepada pihak polis dan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat atau permohonan penganjuran sebarang perhimpunan.
“Saya ingin mengingatkan kepada rakyat, kita masih berada di Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Malah enam laluan utama diantara Dang Wangi juga akan dilencongkan dari jam 7 pagi esok sehingga tamatnya perhimpunan,” katanya.
Beliau berkata, antara laluan terbabit adalah Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.
“Selain itu operasi di 25 stesen Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel
dan KTM antara Dang Wangi juga dihentikan operasi sementara bermula jam 7 pagi,” katanya.
Noor Dellhan berkata, seramai 1,010 pegawai dan anggota ditugaskan dilapangan bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini daripda berlaku.
“Selain itu seramai 16 individu sudah diambil keterangan termasuk lima ahli politik bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan itu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.