
Lapan usahawan muda terima pembiayaan daripada SME Corp
AYER KEROH 3 Oktober – Seramai lapan usahawan muda Melaka menerima pembiayaan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka hasil Program Kerjasama Strategik Memperkasa Keusahawanan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Penerima membabitkan usahawan dibawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF) dan Micro Connector.
Penyerahan cek pembiayaan kerseluruhan berjumlah RM2.7 juta kepada penerima berkenaan disaksikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, dalam masjlis berlangsung di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Yayasan DMDI, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.
Program tersebut turut dihadiri kira-kira 100 usahawan muda yang bersemangat untuk menimba ilmu keusahawanan dan mendapatkan penerangan mengenai bantuan ditawarkan SME Corp.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...