
Lapan kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di P.Pinang – Exco
GEORGE TOWN, 30 Jan – Lapan kluster pendidikan membabitkan kes COVID-19 direkodkan masih aktif di Pulau Pinang sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Norlela Ariffin.
Beliau berkata kluster pendidikan yang direkodkan itu melibatkan pelbagai institusi pendidikan iaitu sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya serta empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah.
Sementara dua lagi melibatkan institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung, katanya ketika dihubungi hari ini.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan pelajar yang dijangkiti COVID-19 ini telah menerima suntikan vaksin serta pesakit Kategori Satu dan Dua sahaja.
Sehingga semalam tiada kluster baharu direkodkan di Pulau Pinang dengan 14 kluster masih aktif membabitkan lapan kluster pendidikan, tiga kluster sektor perkilangan, dua kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...