Lapan cedera dalam kemalangan sembilan kenderaan
IPOH, 10 Jan – Lapan cedera manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gopeng, malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dibantu anggota dari Tapah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 11 malam dan bergegas ke tempat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian mendapati, kemalangan dari arah belakang membabitkan dua buah lori treler dan tujuh kenderaan lain iaitu Volkswagen, BMW, Toyota Yaris, Perodua Alza, Aruz, Honda Civic dan CRV.
“Ia mengakibatkan lapan cedera yang diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala tujuh lagi terselamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi tamat kira-kira 1 pagi.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan kira-kira 5.30 pagi, seorang wanita maut dilanggar lori kontena ketika berada di bahu jalan berikutan kenderaan jenis Honda Civic yang dinaiki sedang mengalami kerosakan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...