
Lapan bayi Qurratu A’yun ditahnik tanggal 12 Rabiulawal
AYER KEROH 2 Oktober – Seramai lapan bayi yang lahir sempena 12 Rabiulawal ditahnik dan menerima cenderamata pada Program Bayi Qurratu A’yun sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Hospital Melaka.
Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berkata lapan bayi tersebut terdiri daripada seorang bayi lelaki dan tujuh perempuan.
Katanya, program ringkas tersebut bagi meraikan bayi yang lahir sempena tanggal tarikh yang sama dengan kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W.
“Program ini bagi meraikan bayi-bayi yang lahir pada tanggal 12 Rabiulawal di mana tanggal tersebut merupakan hari ke-70 dalam Takwim Hijrah dan tarikh kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tahun Gajah.
“Hari kelahiran ini juga disebut dengan “Maulud”,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Rosli turut memaklumkan program ringkas anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) itu, turut menyantuni ibu kepada bayi-bayi terbabit.
“Kesemua bayi ini turut ditahnik oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Muhammad Hashim Al Hafiz,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...