Sorting by

×

LAMPU ‘LIP LAP’ GAMIT NOSTALGIA SAMBUT AIDILFITRI

Masa Membaca:57 Saat

JASIN 22 Mac – Hampir setiap lokasi utama dan pintu masuk ke Melaka melalui kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) telah ditatarias dengan pelbagai jenis lampu hiasan, sekali gus menggamit nostalgia menyambut Aidilfitri.

Yang Dipertua MPJ Mohd Shaiful Hizam Johan berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan menceriakan laluan utama di daerah ini sebaliknya sebagai tanda menyambut kepulangan perantau ke kampung halaman.

“Hampir RM70,000 diperuntukan untuk melaksanakan inisiatif menceriakan beberapa lokasi tumpuan dalam kawasan pentadbiran MPJ.

“Pada masa yang sama menaikkan lagi ‘mood’ untuk pulang beraya seterusnya mampu menjadi satu tarikan buat pelancong yang datang ke daerah Jasin khususnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Dataran Vista Alamanda (DVA), di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, MPJ turut mengadakan Kempen Jom Balik Kampung dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Jasin.

Katanya, kempen tersebut adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran berhubung keselamatan di jalan raya dalam kalangan pemandu dan penunggang.

“Program yang dijalankan ini juga termasuk dalam misi dan visi MPJ menerusi Program Bandar Selamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post PPSPM KONGSI REZEKI BUBUR LAMBUK
Next post VIDEO TULAR DI PUSAT BELI BELAH MELAKA BUKAN KES CULIK