Lambakan kapal jejas pendapatan nelayan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LINGGI 15 Julai – Lambakan kapal yang berlabuh di perairan laut Melaka menyukarkan nelayan di negeri ini untuk turun ke laut.

Ia rentetan kawasan untuk melepaskan jaring semakin terhad berpunca dari kapal-kapal tersebut, sekali gus menjejaskan pendapatan golongan nelayan.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bertindak melakukan operasi khas di sepanjang perairan laut Melaka.

“Golongan nelayan di negeri ini menjadi resah apabila berhadapan kesukaran untuk turun ke laut bagi menangkap ikan.

“Kita buat operasi ini setelah menerima aduan nelayan-nelayan yang sukar ke laut kerana banyak kapal berlabuh dan mereka tidak dapat pasang jaring,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Laut bermula dari Terminal Feri Antarabangsa ICQ Melaka sehingga perairan Kuala Linggi, semalam.

Baru-baru ini beliau telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertanian, Dr. Ronald Kiandee pada lawatan minggu lalu bagi menetapkan beberapa zon supaya golongan nelayan tidak berhadapan masalah menangkap ikan.

“Kita akan wujudkan ‘buffer zone’, jadi kita tahu berapa zon untuk penambak ikan, zon untuk bot dan zon untuk laluan kapal antarabangsa.

Pada operasi tersebut, dua bot nelayan disyaki tidak memiliki lesen serta menggunakan jaring tidak mengikut syarat ditetapkan.

Views:

380
Kongsi :
Previous post Isu pemandu mabuk tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini
Next post MU kembali ke Stadium Hang Tuah
Ubah saiz-+=