Lambaian rindu Baitullah selami emosi, mental bakal jemaah haji
KUALA LUMPUR 18 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan khas secara maya dengan bakal jemaah haji yang terlepas peluang menunaikan ibadah itu pada tahun ini, melalui program Lambaian Rindu Baitullah, Isnin depan.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Zulkifli berkata program dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) itu akan memfokuskan pada emosi dan mental bakal jemaah haji terlibat selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.
“Dalam pertemuan itu, saya akan berbincang dari hati ke hati dengan bakal jemaah haji tentang penangguhan haji yang telah masuk tahun kedua ini. Hal ini penting bagi memberikan semangat kepada bakal jemaah haji.
“Pertemuan secara maya akan diselaraskan oleh TH di seluruh negara dan akan disertai jemaah yang pernah mengikuti kursus haji dalam talian sebelum ini,” katanya.
Pada 12 Jun lepas, Malaysia menyatakan akur dengan keputusan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB RAIKAN KAKITANGAN
BANDA HILIR 25 Disember - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menghargai kakitangannya pada Majlis Makan Malam SAMB 2024 di sebuah...
HARGA RUNCIT RON95, DIESEL KEKAL, HARGA RON97 NAIK TIGA SEN
KUALA LUMPUR 25 Disember - Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada...
POLIS RAKAM PERCAKAPAN PEMANDU LORI TANGKI TAYAR TERCABUT
ALOR GAJAH 25 Disember - Polis telah merakam keterangan pemandu lori tangki yang terlibat dalam nahas ngeri mengorbankan tujuh individu...
DUA BERADIK BELUM TAHU LIMA KELUARGA TELAH TIADA
BUKIT PALAH 25 Disember - Dua beradik yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara...
DUA BERADIK MANGSA KEMALANGAN KM204 JALANI PEMBEDAHAN
BUKIT PALAH 25 Disember - Dua beradik terselamat dalam nahas kemalangan mengorbankan lima ahli keluarga mereka di Kilometer 204 Lebuhraya...
SURI RUMAH RUGI RM147, 753 TERPEDAYA KERJA DALAM TALIAN
KUANTAN 25 Disember - Seorang suri rumah berusia 38 tahun kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan...