Laluan KM77-KM78 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak arah Timur dibuka semula
KUANTAN, 4 Jan – Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ANIH Berhad memaklumkan laluan KM77-KM78 arah timur lebuh raya tersebut yang ditutup sejak banjir tengkujuh pada pertengahan Disember lepas, telah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi tadi.
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata laluan itu dibuka selepas kerja-kerja pembersihan serta pembaikan siap dilakukan dan mereka yang ingin ke Pekan Karak tidak lagi perlu membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Karak.
“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.
“Namun, pengguna dinasihatkan agar mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua di KM74.8 hingga KM77.3 untuk keselamatan dan keselesaan semua,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Untuk maklumat lanjut, tepat dan terkini, pengguna boleh merujuk ke laman media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik dan @LPTTrafik atau Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Lebuhraya Pantai Timur, selain talian hotline LLM 1800-88-7752 serta talian LPT 09-5479111 dan 1-700-818-700.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...