Sorting by

×

LALUAN BAHARU BAS SBST KE KUALA LINGGI DIBINCANGKAN BERSAMA APAD

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 31 Disember – Permintaan bagi permohonan laluan baharu perkhidmatan Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST).My. di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibincangkan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Syarikat Bas Mara.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) berkata permintaan itu perlu mengambil kira faktor laluan yang telah diluluskan dalam tender dikeluarkan APAD.

“Ada beberapa kriteria akan dinilai sebelum APAD meluluskan laluan. Jika sebelum ini kita tidak dapat menambah laluan ke kawasan terbabit berikutan permintaan rendah, namun kita akan mengangkat permintaan tersebut untuk menambah laluan ke kawasan luar bandar.

“Laluan pengoperasian sedia ada bagi tahun semasa daripada Terminal Bas Masjid Tanah-Ayer Molek mencatatkan purata bulanan 1,998 orang dengan hasil purata bulanan berjumlah RM2,798.

“Selain itu, pengoperasian oleh Panorama Melaka bagi laluan Masjid Tanah-Kuala Linggi pada tahun 2012 hingga 2019 mencatatkan purata tahun 34,690 orang dengan purata bulanan sebanyak 2,891 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) mengenai penambahan laluan bas baharu ke Kuala Linggi pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

581
Kongsi :
Previous post TUKUN TIRUAN DI PERAIRAN TELOK MAS
Next post RM200,000 BANTU USAHAWAN MELAKA KEMBANGKAN PERNIAGAAN
Ubah saiz-+=