Sorting by

×

Laluan air tersekat didakwa punca banjir

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 26 Nov. – Laluan air yang tersekat sehingga menghalang air hujan mengalir ke kolam tadahan dan sungai didakwa antara faktor berlakunya banjir di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri Datuk Seri Utama Idris Haron berkata, selain daripada faktor cuaca hujan lebat yang berterusan, aliran air yang tidak berjalan lancar juga dikatakan kemungkinan menyebabkan berlakunya banjir terutamanya di kawasan Bukit Katil dan Tehel, Jasin.

“Ada beberapa kawasan di Bukit Katil yang mungkin disebabkan limpahan hujan yang melampau dan mungkin juga aliran ke kawasan-kawasan takungan air tersekat telah pun menyebabkan banjir di lokasi tersebut kerana pada ketika itu air pasang biasa.

“Antaranya di Paya Dalam umpamanya (lokasi)  paling teruk sehingga Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain Tehel juga terkesan teruk,” katanya.

Mengulas mengenai Taman Tuah Perdana, Bukit Katil yang pertama kali dilanda banjir pula, beliau berkata, sekiranya taman itu mempunyai kolam tadahan yang kapasitinya besar berkemungkinan juga terdapat laluan air yang tersekat.

“Maknanya kalau ada kolam tadahan banjir dan berfungsi ada laluan-laluan ke kolam itu yang tersekat, secara logiknya bagaimanapun pihak berkaitan akan mengenal pasti punca sebenar,” katanya.

Views:

939
Kongsi :
Previous post Nilai eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global terjejas, jika tidak lagi dieksport ke EU 
Next post Program i-Sinar diperluaskan kepada semua ahli KWSP
Ubah saiz-+=