Sorting by

×

LAKSANA PROJEK, PROGRAM MENGIKUT TEMPOH MASA DAN SASARAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

SERI NEGERI 25 April – Penilaian indikator-indikator pembangunan, perancangan projek dan program diatur perlu mengikut sasaran dan tempoh masa ditetapkan.

Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam berkata, setiap dasar dan program dirancang Kerajaan Negeri perlu mengutamakan kualiti.

Tun Dr. Mohd Ali berkata, Kerajaan Negeri juga perlu mementingkan keperluan rakyat bagi memastikan tahap kualiti hidup yang lebih baik.

“Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana telah merancang hala tuju pembangunan negeri secara menyeluruh melalui Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035).

“Saya dimaklumkan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir bagi Fasa 1 PSMJ 2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Untuk rekod, lima sasaran perkembangan ekonomi berdaya saing yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk perkembangan ekonomi berdaya saing.

Antaranya adalah sasaran pelaburan RM5 bilion setahun; Zon Ekonomi Anjung Selatan; Kluster Industri Wilayah Tengah; pembangunan kawasan perindustrian baharu secara bersepadu dan penyeragaman pelaksanaan konsep Melaka Industrial Booster (MIB) di bawah semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2630
Kongsi :
Previous post PERKASA KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA