Laksana empat kaedah tangani beban pegawai JKM

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Empat kaedah efektif dilaksanakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sebagai langkah bagi menangani beban tugas yang dihadapi ekoran kekurangan pegawai dalam mengendalikan kes.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata antara kaedah dilaksankan adalah penambahbaikan prosedur dan sistem pengurusan bantuan.

Katanya, sebagai contoh penggunaan Sistem Pengurusan Lampin Pakai Buang dan Bantuan Susu Inisiatif Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memudahkan lagi pengurusan kes.

“Seterusnya, melihat prestasi pengurusan bantuan daerah secara sistematik yang mana JKM akan sentiasa memantau pencapaian piagam pelanggan perkhidmatan bantuan kewangan di peringkat daerah secara berkala.

“Antara langkah lain yang diambil adalah meningkatkan kapasiti pekerja kes dengan melaksanakan pelbagai latihan. Terakhir melaksanakan pelan pengukuhan perjawatan, sehingga Mei 2024, JKM telah menerima 14 kakitangan kontrak membabitkan empat Pegawai Pembangunan Masyarakat dan 10 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat bagi memperkasakan perkhidmatan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai-BN) pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

313
Kongsi :
Previous post Melaka pertaruh muka baharu di SUKMA 2024
Next post 30,000 dijangka lawat Pameran Hang Tuah
Ubah saiz-+=