
Laksana dasar pembangunan negeri meliputi 11 portfolio
AYER KEROH 26 Ogos – Kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan Dasar Pembangunan Negeri Melaka menerusi 175 strategi meliputi 11 portfolio yang ada.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, dasar itu akan diangkat ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bagi mendapat kelulusan dan pengesahan sebelum dilancarkan secara rasmi dalam waktu terdekat.
“Ini umpama langkah permulaan yang besar untuk kita sama-sama mewajah Melaka Rumahku yang bakal menggamit dunia.
“Saya mahu pelaksanaan dasar-dasar pembangunan yang dibentang hari ini dipercepatkan dan prestasi semasa dipantau sekerap mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Seminar Melaka Rumahku Maju Jaya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Jelasnya, kerajaan negeri akan memastikan setiap dasar yang dirancang dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya tinggal di atas helaian kertas atau kajian akademik semata-mata.
“Apa jua visi, misi, slogan, strategi, indikator dan pelan tindakan, kita mesti pastikan ia menjadi kenyataan, itu yang lebih utama,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...