![6107275111175407142](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2024/10/6107275111175407142.jpg?v=1729582818)
LAHIRKAN AHLI PUSPANITA CELIK TEKNOLOGI
SERI NEGERI 22 Oktober – Seramai 130 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) menyertai Seminar ‘Jadi Wanita Bijak 4.0’ berlangsung di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.
Setiausaha PUSPANITA, Norhayati Nasir berkata, antara matlamat seminar berkenaan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahlinya mengenai ancaman buli siber, pencegahan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian dan kaedah menjana pendapatan sampingan menggunakan platform digital.
“Seminar ini dibahagikan kepada dua slot iaitu yang pertama membabitkan perkongsian ilmu daripada Pengurus Besar AARLA Sdn Bhd (Bawal Exclusive) mengenai pengalaman dan kemahiran dalam memanfaatkan sepenuhnya kuasa wanita.
“Sementara itu slot kedua adalah ceramah disampaikan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka. Pada sesi ini peserta diberikan pendedahan mengenai ancaman buli siber serta kesan perlakuan negatif itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Norhayati berkata, secara tidak langsung seminar yang dianjurkan itu membuka minda dan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai dunia digital dalam kalangan ahli PUSPANITA, sekali gus menjadikan mereka sebagai individu celik teknologi masa kini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.