
Ladang sawit terbakar, bomba giat padam kebakaran
MERLIMAU 23 Oktober – Operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa sawit seluas 5.2 hektar di Lembah Merlimau, di sini, yang terbakar petang semalam masih diteruskan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran ladang terbabit kira-kira jam 4.06 petang semalam, sebelum dua buah jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Jasin ke lokasi kejadian.
“Pihak kami dimaklumkan ladang kelapa sawit itu berkeluasan 20.2 hektar namun kebakaran membabitkan keluasan 5.2 hektar.
“Operasi pemadaman kini masih berjalan dengan menggunakan satu aliran ia bagi memastikan sisa kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.
“Sehingga kini kebakaran sudah berjaya dipadam kira-kira 90 peratus daripada kawasan yang dikesan terbakar,” katanya.
Menurutnya, punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut akan dijalankan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
