
KWSP: Dividen 6.1 peratus bagi simpanan konvensional, 5.65 bagi simpanan shariah
KUALA LUMPUR 2 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.10 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2021 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.45 bilion, mengatasi dividen 5.45 peratus yang diisytiharkan semasa sebelum pandemik pada 2019.
Ketua Pegawai EksekutifnyaĀ Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga mengumumkan kadar dividenĀ 5.65 peratus bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah pembayaran sebanyakĀ RM6.27 bilion mengatasi 5.0 peratus yang direkodkan padaĀ 2019.
Ini menjadikan jumlahĀ keseluruhan pembayaran bagiĀ 2021 adalah sebanyakĀ RM56.72 bilion.
Beliau berkata dividen tinggi padaĀ 2021 itu adalah sebahagian daripada portfolio kukuh dan yang dipelbagaikan oleh dana pencen tersebut di peringkat global.
āPengeluaran berkaitan pandemik sebanyakĀ RM101 billon sejak tahun 2020 telah menyebabkan 48 peratus ahli KWSPĀ mempunyai amaun kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.
āKami berharap dividen ini dan prestasi kukuh berterusan kami akan membantu kami memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahli-ahli kami, seiring dengan pemulihan ekonomi,ā katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan 2021 KWSP, di sini, hari ini.
Menurutnya, kebimbangan utama terhadap pengeluaran itu adalah impaknya kepada kecukupan persaraan ahli.
Bagaimanapun, katanya, meskipun cabaran menguruskanĀ kecairan dalam menghadapi aliran keluar simpanan ini, KWSP mempunyai keupayaan untuk bertindak balasĀ pantasĀ dengan impak yang minimum kepada pasaran kewangan.
BagiĀ Ā 2021, Amir Hamzah berkata KWSP telah mengimbangi semula dan menguruskan portfolio pelaburannya dengan membeli saham yang kukuh asasnya pada harga menarik serta memanfaatkan pelaburannya di luar negara yang menyumbang 56 peratus kepada keseluruhan pulangannya.
Setakat 31 Dis,Ā 2021, beliau berkata KWSP merekodkan peningkatanĀ 6.0 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar kepadaĀ RM67.06 bilion daripadaĀ RM63.45 bilion padaĀ 2020, dipacu daripada pemulihan pasaran ekuiti dan kebanyakan kelas aset di tengah-tengah lantunan semula ekonomi global.
āBagi 2021,KWSP merekodkan carumanĀ bersih yang negatif buat pertama kalinya (caruman selepas pengeluaran) dalam tempoh 20 tahun sebanyakĀ RM58.2 bilion, tetapi masih kekal berhemat dalam strategi pelaburan jangka panjangnya di samping menyesuaikan diri dengan cabaran untuk memastikan pulangan mampan bagi tempoh jangka panjang.
āKWSP merekodkan pendapatan pelaburan kasar sebanyakĀ RM67.06 bilion, denganĀ RM6.91 bilion diperuntukkan kepadaĀ Simpanan Shariah,ā katanya.
Amir Hamzah berkata prestasi itu disumbang daripada usaha pendekatan kepelbagaian KWSP mengikut panduan daripada Peruntukan Aset Strategik (SAA), yang menjadikan dana pencen itu mampu bertahan daripada kejutan kewangan dan terus stabil dalam situasi yang belum pernah berlaku.
āMengikut kelas aset, instrumen Pendapatan Tetap membentuk 45 peratus daripada pelaburan, manakala Ekuiti terdiri daripadaĀ 44 peratus. Hartanah dan Infrastruktur serta instrumen Pasaran Wang masing-masing membentukĀ 6.0 danĀ 5.0 peratus daripada aset KWSP,ā katanya.
Pengkreditan dividen bagiĀ Simpanan Konvensional dan juga Simpanan Shariah dijangka selesai pada 6 Mac, 2022 dan ahli-ahli boleh memeriksa akaun mereka menerusi Ā i-Akaun atau mendapatkan penyata mereka daripada kioks KWSP di seluruh negara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.