Sorting by

×

Kutipan zakat di Melaka meningkat lebih RM8 juta

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

SERI NEGERI 20 Jun – Zakat Melaka mencatatkan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM70,331,225.18 juta dengan jumlah pembayar seramai 43,947 orang pada Januari tahun ini sehingga 15 Jun lalu.

Jumlah itu sekali gus menunjukkan peningkatan kutipan zakat bernilai RM8,381,977.40 juta iaitu 13.53 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sebanyak RM61,949,247.78 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil berkata, biarpun bilangan pembayar menurun pada tahun ini iaitu (1,942 orang) berbanding tahun lalu dengan pembayar zakat seramai 45,889 orang, namun kutipannya menunjukkan peningkatan.

Katanya, daripada keseluruhannya zakat diperolehi tahun ini, kutipan zakat harta merekodkan sebanyak RM64,571,674.18 iaitu peningkatan sejumlah RM8,222,489.40 atau 14.59 peratus berbanding tempoh sama tahun 2022 dengan jumlah RM56,349,184.78.

“Kutipan zakat pendapatan menunjukkan jumlah kutipan tertinggi iaitu RM37,436,735.96 juta (57.98 peratus), bagi zakat pertanian pula ia menunjukkan kutipan terendah sebanyak RM23,979.15 (0.04 peratus),” katanya.

photo_2023-06-20_12-21-31
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam ketika hadir sempena Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri mewakili Ketua Menteri, Datuk Rahmad Mariman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Zahari Abd Kalil.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Rawi Mahmud; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu Tun Mohd Ali menerima penyerahan zakat perniagaan bernilai RM7,642,949.50 juta daripada agensi-agensi korporat, hari ini.

Sebanyak 14 agensi korporat terlibat masing-masing telah membayar zakat perniagaan mereka bagi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1614
Kongsi :
Previous post Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
Next post Tekno-Huffaz beri pendedahan TVET kepada pelajar tahfiz
Ubah saiz-+=