
Kutipan sumbangan Hari Guru dimansuhkan
AYER KEROH 16 Mei – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan kutipan sumbangan Hari Guru berkuat kuasa tahun ini.
Perkara itu merupakan satu daripada 10 inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Menurut Fadhlina, pemansuhan itu sejajar dengan hasrat KPM untuk memberi fokus kepada kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru.
“KPM menetapkan agar Sambutan Hari Guru tahunan mulai tahun 2023 disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.
“Sehubungan dengan itu, KPM memansuhkan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Terdahulu, sambutan Hari Guru 2023 telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...